Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan :Mah Akan Dilantik Dalam Kabinet Jika Menang – Najib



Beijing – Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini (Beijing).

“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, Khamis.

Najib berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

“Belum lagi… perkara itu akan diputuskan kemudian,” katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon. – Bernama

Jangan Jadi ‘alat’ Macam Saya – Tunku Aziz kepada Dyana #PRKTelukIntan



PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) nmenyifatkan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRK Teluk Intan mempunyai mesej tersirat untuk mereka (DAP) menyampaikan agenda parti dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.

Katanya, apa mimpi DAP begitu teruja meletakkan calon Melayu untuk mewakili suara partinya di kerusi Parlimen Teluk Intan?

“Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar?” soal beliau dalam sebuah akhbar harian hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pelik dengan strategi DAP itu kerana pernah ‘terperangkap’ dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Mela-yu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.

“Saya pernah dijadikan ‘alat’ oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.

“Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh ko-nonnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.

“Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba ‘menghalau’ saya. Saya hanyalah ‘ejen’ untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka.

Katanya, jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.

“Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata-kata bosnya. Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu sampai bila-bila,” katanya.

Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh ‘tokong-tokong’ dalam parti itu.

Kata beliau lagi: “Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. Sekiranya ‘mempergunakan’ orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. ‘Orang’ lain akan menari dalam kegembiraan.

“Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa,” tegasnya, lapor FMT.

Saturday 24 May 2014

Infografik: Fakta Menarik Mengenai Panda


Pasangan panda dari negara China, Fu Wa dan Feng Yi dari Chengdu, China telah diterbangkan ke Malaysia untuk dipinjamkan selama 10 tahun.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia akan membayar sekitar RM3 juta kepada China untuk penjagaan haiwan tersebut.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai haiwan dilindungi dan semakin pupus di dunia itu.

 





Thursday 22 May 2014

#PRKTelukIntan : Janji Dyana Kepada Penduduk Teluk Intan


Aku kagum tengok cita-cita tinggi calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofea yang berikrar mahu perjuangkan nasib bangsa Melayu melalui pentas DAP.  Memang hebat...

Tapi yang aku ingat salah satu perjuangan DAP untuk nasib orang Melayu ialah cubaan menghalang kewujudan jawatan guru JQAF pada tahun 2005 dalam dewan Parlimen. Tapi nasib ketika itu BN kuat, bayangkan jika situasinya ketika itu seperti hari ini??? Berbalik kepada kisah Dyana, hingga hari ini aku lihat beliau tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan. Beliau hanya membawa pendekatan klasik DAP iaitu memburukkan kerajaan dengan menyentuh soal jenayah dan harga barang, selain hak bumiputera.

Malah kredibiliti Dyana juga kini diragui. Ini berdasarkan pemerhatian ramai di mana Lim Kit Siang sentiasa bersama Dyana sepanjang kempen seolah-olah memantaunya. Jika kita tidak mengenali Kit Siang, kita mungkin menyangka yang beliau tergila-gilakan Dyana sehingga tidak boleh berenggang darinya. 

Keraguan aku akhirnya terjawab apabila Dyana tidak mampu menjawab soalan wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai Tunku Aziz. Oleh kerana Dyana benar-benar menjadi kelu, Lim Kit Siang telah terpaksa membantunya dengan menepis soalan tersebut.

Rupanya, Kit Siang mengawal Dyana sebegitu rupa kerana Kit Siang tahu bahawa setiausaha politiknya itu bukanlah seorang yang berkredibiliti.  Dyana seharusnya jauh lebih bersedia untuk menangani soalan mengenai Tunku Aziz kerana ia merupakan asas penilaian rakyat terhadap pendiriannya menyertai DAP. Namun, malangnya, Dyana bagaikan langsung tidak pernah mendengar siapa itu Tunku Aziz.

Kini rakyat tertanya-tanya, jika dipaksa untuk menjawab soalan berikut, apakah Dyana akan menghentam Tunku Aziz sebagai penipu dan pengkhianat parti? Apakah Dyana percaya yang dirinya jauh lebih mengenali DAP dan lebih bijak dari Tunku Aziz? Apakah Dyana akan menyangkal segala tuduhan Tunku Aziz terhadap DAP?

Tetapi, siapakah Dyana untuk berkata apa-apa mengenai Tunku Aziz sedangkan Dyana bukan sahaja baru menyertai DAP tetapi juga baru sahaja melihat dunia. Beliau belum pun pernah melalui selok belok cabaran bekerja dan hanya menyertai DAP atas alasan ‘dijaga dengan baik’ oleh pemimpin parti itu. Apa yang Dyana tidak tahu ialah ‘mereka jaga ada makna tu….’.

Hakikatnya, masih banyak yang perlu Dyana pelajari dan jika beliau benar-benar bijak, beliau perlu berjumpa dengan Tunku Aziz sendiri untuk bertukar pandangan dan meminta nasihat. Tanpa ilmu di dada, bagaimana Dyana boleh mencurahkan khidmat bakti yang berkesan kepada masyarakat Teluk Intan?

Tuesday 20 May 2014

Peminat Nak Bertukar Jersey dengan Pemain Bolasepak WANITA!


Bolasepak merupakan sukan kegemaran kebanyakkan masyarakat di dunia.Sudah semestinya aksi bertukar-tukar jersi sesama pemain sering kali berlaku apatah lagi di waktu pertandingan Piala Dunia. Namun apa agaknya akan berlaku kalau sesi bertukar jersi ni melibatkan pemain bolasepak wanita 

Sunday 18 May 2014

Kedah Bakal Wujudkan Rubber City


KUALA NERANG: Kerajaan negeri Kedah telah mengenal pasti tanah seluas lebih 400 hektar di Bukit Ketapang dekat sini untuk dibangunkan dengan projek 'Rubber City', kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya ketika ini pihaknya merasakan kawasan tanah kosong itu merupakan tapak paling sesuai untuk dilaksanakan projek itu kerana ia merupakan kawasan rata dan berhampiran dengan populasi.

"Perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat Tradewinds untuk mengusahakan projek itu. Saya rasa kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pembinaan infrastruktur seperti jalan serta bekalan air dan api," katanya kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat di Sungai Kampung Mani, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata banyak pelabur dalam dan luar negeri berminat dengan projek tersebut.

Selain kawasan ladang getah, 'Rubber City' itu juga akan mempunyai institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri getah, katanya.

Saturday 17 May 2014

(VIDEO) UMNO Upah Samseng Ugut Khalid Ibrahim


Kejadian yang amat memalukan berlaku sebaik sahaja selesai sidang media oleh Anwar Ibrahim pagi tadi. Seorang lelaki yang mengenalkan diri beliau sebagai Zulkifli Abdullah telah menyerang Khalid Ibrahim dengan menjerit 'perasuah' dan 'penipu' berulang kali terhadap Khalid walaupun cuba dihalang oleh Anwar Ibrahim. Ikuti rakaman kejadian dan seterusnya temuramah dengan penyerang yang datang bersama dengan 60 orang lagi ahli PKR Cabang Kuala Selangor..


Sumber :Jinggo-Fotopages

Friday 16 May 2014

Pemilihan PKR : Azmin Ali Terlepas Lagi #PKRKacauBilau



Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan penipuan undi semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi terlepas daripada sebarang tuduhan, sama seperti yang berlaku pada 2010.

Bukan itu sahaja, calon jawatan Timbalan Presiden itu juga bebas daripada apa-apa kesalahan walaupun secara terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang disifatkan gagal mengendalikan proses pengundian dengan berkesan.

Turut terselamat daripada tindakan disiplin ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga calon Timbalan Presiden kerana tuduhan politik wang.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin PKR yang dipengerusikan Datuk Dr Tan Kee Kwong mensabitkan kesalahan dengan menggantung lapan anggota bawahan parti itu atas pelbagai kesalahan.

Salah seorang daripada mereka yang didapati bersalah ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mustapha Mohd Talib kerana mengugut pembantu khas kepada lawan Abdul Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

"Beliau melalui satu perbualan telefon membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai penyelaras DUN berkenaan," kata Dr Tan menerusi kenyataan pada Khamis.

Abdul Khalid dan Manikavasagam masing-masing bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Lebih merumitkan, Manikavasagam sendiri turut menerima padah dan digantung keahlian kerana membuat kenyataan terbuka mendakwa Abdul Khalid terlibat dalam rasuah politik dan disiarkan media arus perdana termasuk portal berita.

Seorang lagi ahli Cabang Kuala Selangor yang turut digantung ialah V. Bobinath kerana mengkritik JPP secara terbuka dan menerima liputan media.

Lima lagi ahli yang menerima hukuman ialah Monniza @ Sarimah Abdul Ghani (Kapar), Md Yusop Kamaruddin (Pasir Salak), K. Gunasekaran (Hulu Selangor), Noor Azman Samsuri (Tanjung Karang) dan Ahmad Jufliz Faiza (Setiawangsa).

Menurut Dr Tan, kesemua keputusan berkaitan salah laku ketika pemilihan parti itu dibentang dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung pada Rabu dan dipengerusikan Azmin.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon DAP #PRKBukitGelugor Naik Jeep Tamat Tempoh Cukai Jalan @PDRM @JPJ



Apakah calon DAP Bukit Gelugor ini tidak perasan bahawa cukai jalan jeep berkenaan sudah tamat atau beliau sengaja untuk mencabar undang-undang?

Wednesday 14 May 2014

Huan Cheng Guan Yang Saya Kenal


Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.
Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti "smart", menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau.

Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.

Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.

Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.

Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.

Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor.

Tuesday 13 May 2014

Mungkin 13 Mei 2014 Menyaksikan Sejarah Baharu Kerajaan Campuran BN & PAS


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu.

Beliau ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau kenyataan berhubung perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak berlaku kerana mengikut prosedur, menteri besar perlu menghadap dan mendapatkan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, namun perkara itu tidak berlaku setakat ini.

Beliau turut tidak menolak kenyataan itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan pergolakan yang berlaku di Terengganu ketika ini.

Sebenarnya di hadapan pemimpin politik PAS dan BN ada tiga pilihan yang boleh dilaksanakan;

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong BN, sudah tentu tiada sebarang pertukaran kerajaan. Tetapi jika Ahmad Said dan Ghazali menyokong Pas maka penubuhan kerajaan baru akan berlaku.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN dan PAS. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang sedang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan Pilihanraya Negeri sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini. 

Namun, kita perlu sedar untuk mengadakan Pilihanraya Negeri, jutaan wang terpaksa dibelanjakan sedangkan kita baru setahun melalui PRU13 yang lepas. 

Jadi kepada kepimpinan politik BN dan PAS, buatlah keputusan yang bijak demi RAKYAT TERENGGANU

Monday 12 May 2014

Lima VIDEO Yang Memalukan ANWAR & SELURUH PEMIMPIN PEMBANGKANG !!


Pemimpin mereka sering melaungkan DEMOKRASI.. KEADILAN.. & REFORMASI.. Tapi hakikatnya ia tidak mencerminkan keadaan sebenar.. 

Saksi sendiri Video bagaimana ahli-ahli PKR yang diperbodohkan oleh pemimpin yang selama ini disanjung tinggi... Timbul satu persoalan???? 

Di Mana kelibat Ambiga, kumpulan Bersih 2.0 dan Bar Council?? Kita tunggu komen mereka...















Wednesday 7 May 2014

Benarkah #GST Haram Dari Sudut Islam??


Pencerahan isu cukai GST yang didakwa haram oleh segelintir pemikir parti politik pembangkang yang menghukum dengan sewenang-wenangnya. Rakyat Malaysia hari ini tidak boleh membezakan "kehendak" dengan "keperluan".

Raja Bomoh Sedih Dengan Pemergian Datuk Aziz Sattar


Kuala Lumpur – Pemergian bintang lagenda Datuk Aziz Sattar pada 2 pagi tadi telah memberi kesan yang mendalam kepada semua penggiat seni tanah air dan para peminat filem-filem Melayu klasik.

Sejak berita pemergian itu tersebar, para peminatnya tidak henti-henti menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah.

Tidak ketinggalan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni dan filem tanahair negara.

Ibrahim ketika menghubungi pihak kami, mengatakan beliau terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita permergian itu.

“Sebaik sahaja dimaklumkan, Datuk benar-benar terkejut dan sedih.

“Datuk mengenali Allahyarham secara peribadi, dan kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ini” katanya.

Menurut Ibrahim beliau berhasrat untuk pergi melawat, sebaik sahaja pembantunya memberitahu mengenai Allahyarham yang dimasukkan ke hsopital kerana uzur dan masalah jantung.

“Datuk merasa sangat sedih kerana tak sempat pergi melawat, sebab ada sedikit urusan di tanahair. Namun apakan daya, tak ada rezeki, sebab Allah lebih sayang padanya.

“Datuk dan seluruh ahli persatuan silat gayung ghaib seramai 3 juta orang ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semua ahli seni silat Gayung Ghaib telah diminta untuk sedekahkan bacaan al-fatihah dan mengadakan tahlil, bagi memperingati jasanya kepada tanahair” ujarnya lagi.

Tuesday 6 May 2014

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST


Apakah itu GST
GST = CUKAI BRGN DN PERKHIDMATAN (good and service tax)
Masakini kita byr 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yg kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5%) dan
cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%.
Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.
Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
Jual beli dan sewa rumah kediaman
Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.
Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:
melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan perniagaan?
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan
Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"
Adakah harga barangan naik?
Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
Perubahan harga barang atau
Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan
Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.
Apa yg ptg:
GST bukan cukai baru, tetapi mnggntikn cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dh byr 2 cukai tu.
GST mngmbilkira pola prbelnjaan mngikut kategori pndptn. Mkn & kprluan asas tdk dikenakn cukai.
GST bukan kos kpd perniagaan
IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akn turun bg sesetgh brngan/ perkhidmatan spt:
- Pakaian, kasut
- Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, dll
- Komunikasi
IHP MENINGKAT
- Minuman beralkohol & tembakau
- Pendidikn swasta
- Restoran dn hotel
GST bg mnggntikn kelemahan dlm kutipan cukai selama ini:
Spt cukai bertindih, ketirisan,dll.
GST tdk meningkatkn kos perniagaan krn ia adalh cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambhbaikn sistem cukai ini peniaga mngkin x trlepas dn trpaksa byr - itu yg dikatakn meningkt agaknya
GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap prngkt pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas brgn dn perkhidmtan yg diimport
- Atas jualan brg dan perkhidmatn di Malaysia
GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.
GST (VAT)
Cukai penggunaan yg dikenakn ke ats aktviti nilai tmbh pd setiap prngkat rangkaian pengedaran semua brg dn perkhidmtn melainkn yg dikecualikn oleh krajaan.
Perlaksanaan GST merupakn slh satu lngkh yg diambil kerajaan bg mnyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dn telus serta dpt mengelakkn berlakunya:
1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yg dibyr di prngkt pengilngn tlh mnjd kos kpd pmborong dn peruncit, mk ianya tlh diambilkira di dlm pengiraan margin keuntungan
2) cukai bertindih - berlaku dlm 2 keadaan
a) cukai bertindih di bwh sistem yg sama, iaitu smada cukai jualan atau cukai prrkhdmtn
Kesan: pggn trpksa membayar harga lebih mahal krn cukai perkhidmtn yg d kenakn mrupakn sbhgn kos menyediakn perkhidmtn kpd pggn,
b) cukai bertindih di bwh sistem cukai yg berlainan iaitu brngn berkenaan dikenakn cukai brgn serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpksa mmbyr hrga lebih mhl krn cukai jualn merupakn sbhgn drp kos yg akn dimasukkn ke dlm hrga jualan dn dikenakn cukai perkhidmtn apabila menyediakn prkhidmtn kpd pggn.
Pndgn mrk yg skrg x byr cukai penggunaan trutama golongn miskin trpksa byr cukai penggunaan bila GST dilaksanakn (tuduhn pmbngkng)
- Sbnrnya rakyat tnpa mngira kelas pendptn sebenarnya tlh mmbyr cukai jualan dn perkhidmtn ke ats perbelnjaan harian mrk.
- Namun cukai yg dibyr ini trutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dlm inbois atau resit krn ia terselindung di dlm harga brngn.
- Sbg contoh setiap RM100 yg diblnjakn oleh golongn miskin, sebnyk RM 2.38 adalh utk cukai. Ttp apabila GST dilksanakn dn dikenakn pd 4% beban cukai yg ditanggung akn menurun kpd RM 2.17 shj. Ini merupakn pnjimatan di dlm perbelnjaan harian mrk.
Adakh GST akn mnybbkn hrga brgn dn perkhidmtn naik?
IHP akn mnurunkn mngalami penurunan sbnyk 0.10% . Hrga bg 8 komponen turun:
- Pelbgai brngn dn prkhidmtn
- Restoran dn hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumhan, air, elektrik, gas, & bhn api
- Pakaian dn kasut
- Minuman alkohol dn tembakau
Apa pranan pngguna:
- Mmbuat perbndingn hrga sblm brbelnja
- Sentiasa merujuk kpd panduan harga pgguna
- Melaporkn apa2 kenaikn hrga yg tdk munasabah kpd pihak yg berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelnja sec berhemah

Monday 5 May 2014

Sindrom Gila Kuasa, Jadikan Pemilihan PKR Tunggang Langgang..




Pergolakan serta huru hara yang melanda pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini sedang berlansung memperlihatkan sistem pentadbiran parti yang caca merba dan tidak tersusun, sehingga menyebabkan proses pemilihan kepimpinan parti tersebut terganggu dan kecoh di seluruh negara

Sejak bermulanya pemilihan PKR seminggu yang lalu, ada saja cerita tentang ketidakpuasan hati setiap hari yang menjurus kepada perebutan jawatan di pelbagai peringkat parti tersebut.

Contohnya di Sungai Petani, Kedah, proses pengundian bagi pemilihan pemimpin PKR kawasan itu terpaksa ditangguhkan, selepas nama seorang calon yang bertanding jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani `lesap’ dan lawannya diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Pelik juga bagaimana nama calon boleh lesap begitu saja. Semuanya kerana mereka sedang mengalami SINDROM GILA KUASA.....


Sunday 4 May 2014

Tandas Berkubah Menyerupai Masjid



Sekali pandang nampak seperti Masjid atau setidak-tidaknya surau tempat Umat Islam beribadat. Dengan rekaan kubah dan bentuk binaan seperti tempat Ibadat orang-orang Islam ini sebenarnya sebuah tandas! Binaan yang amat biadap dan kurang ajar ini terletak di Malaysia, lebih khusus lagi terletak di negeri Johor. Tandas biadap ini berada di dalam pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort, Desaru, Johor.


Mengapakah pihak berkuasa tempatan tidak prihatin sewaktu pembinaannya atau adakah pemilik pusat peranginan membina tandas ini tanpa mendapat kelulusan ohak majlis tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan negeri wajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik resort untuk merobohkan bentuk binaan yang nenyerupai Masjid ini. Kita tidak mahu usaha halus pihk-pihak tertentu hendak menghina Islam berleluasa.


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/tandas-berkubah-yang-menyerupai-masjid.html#Fzr92zpbBLsDrSwo.99

Saturday 3 May 2014

ADUN DAP Kritikal, Koma Di Hospital Akibat Tumor Otak



Isteri bekas Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kerana bersetuju membantu menanggung sebahagian kos perubatan suaminya di Singapura akibat barah otak sejak 12 Januari lalu.

Irene Chang berkata, beliau dan keluarganya menghargai amat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata, suaminya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, telah pulang dari Singapura dan kini dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di sini.

“Beliau masih tidak sedar tetapi agak responsif setiap kali saya bercakap dengannya. Kami yakin dengan pertolongan Tuhan dan tidak berputus asa," katanya sambil menambah bahawa Ho Leng, 54, memerlukan penjagaan paliatif.

Irene berkata, semasa di Singapura, bekas Ahli Palimen Sibu itu, hilang keupayaan bertutur.

Katanya, beliau memberi persetujuan kepada doktor di sana untuk melakukan trakeostomi bagi membolehkan suaminya bernafas dan mengeluarkan sebarang rembesan daripada saluran udaranya.

Trakeostomi merupakan pembedahan yang mana satu lubang dibuat pada trakea melalui leher untuk melegakan sekatan pernafasan.

Irene berkata, pada kira-kira 7 pagi, 16 April lepas, denyutan jantung suaminya telah berhenti selama 20 minit tetapi doktor berjaya memulihkannya.

“Oleh kerana keadaannya, beliau tidak lagi mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di Bukit Assek. Saya harap penyokongnya dan masyarakat di kawasan itu dapat memahami keadaan," katanya.

Selain itu, katanya, suaminya akan memohon cuti daripada menghadiri mesyuarat persidangan DUN minggu depan.

Irene berkata, beliau terpaksa mengadakan sidang media itu kerana banyak pertanyaan mengenai keadaan suaminya serta menghentikan sebarang spekulasi. - BERNAMA



Friday 2 May 2014

VIDEO: Bila Peserta Demo Sendiri Tak Faham Apa Itu GST!





Memalukan! Itu yang boleh dirumuskan selepas menonton video temu ramah di antara peserta demo membantah GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus.

Kesemua yang menghadiri perhimpunan itu semalam rupanya pergi membabi buta tanpa melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai GST.

Kan dah tergagap-gagap nak jawab apabila ditemu ramah wartawan.

Untuk pengetahuan anda, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

GST yang dikenakan kerajaan adalah yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Selain itu, GST juga tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung.

Lain kali sebelum berdemo, kasi faham dulu apa itu GST ya kakak-kakak dan abang-abang.

– MYNEWSHUB.MY

Thursday 1 May 2014

Pemimpin Utama PAS Tolak Himpunan Bantah GST


Dato Haji Hadi Awang Presiden Pas bersama dr Syed Azman Adun Batu Buruk & Pengerusi Lajnah A'bangsa Pas Pusat telah berlepas ke negara MOROCO pada 28.4.14 melalui KLIA bagi menghadiri seminar islam a'bangsa dan dijangka balik ke negara pada 3.5.15. Kedua dua pemimpin ini tidak akan menghadiri perhimpunan Bantah GST di KL.

Harap penyokong PAS memikirkan adakah pemimpin mereka masih ada 'hati' untuk menjayakan program Pakatan yang menyaksikan unit Amal PAS sering menjadi 'alat' untuk digunakan.

Haji Hadi barangkali tidak sampai hati melihat anak buahnya kepanasan dan melarikan diri dengan harapan penyokongnya sedar mesej tersirat yang cuba dipamerkannya.

Jika yang degil dan mengalami masalah air bolehlah mandi water canon esok di Dataran Merdeka.

Tak sabar menunggu Anwar Khalid Azmin akan basah disimbah air water canon yang gatal dan memedihkan kulit badan.