Monday 25 February 2013

Integriti: Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin

Kita amat-amat kesal dan keliru dengan sikap pembangkang yang enggan menandatangani ikrar bagi mempertahankan integriti dan komitmen dalam memastikan pilihan raya kali ini bersih. Ikrar itu dianjurkan oleh Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), sebuah pertubuhan yang mengawal selia soal-soal ketulusan.

Selama ini pihak pembangkanglah yang riuh rendah mengatakan pilihan raya negara ini tidak pernah adil. Lebih merosakkan, apabila mereka melancarkan pula perhimpunan Bersih sehingga menghuru-harakan keadaan, atas nama menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Kini setelah Perdana Menteri sendiri menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya itu, pihak pembangkang pula enggan berbuat demikian. Oleh itu, kita simpulkan pembangkang selama ini hanya gemar bermain dengan sentimen rakyat untuk menghasut orang ramai marahkan kerajaan.

Mereka sendiri, sebaliknya cakap tak serupa bikin. Hari-hari tugas mereka hanyalah penuh dengan politiking, adu-domba dan tipu-muslihat. Cakap saja lebih, habuk pun tarak. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jangan kita terkeliru dengan permainan-permainan seumpama itu.

Thursday 21 February 2013

Malaysia Negara Sekular??


Sekular atau tidak, kita yang menginterpretasinya. Ia tetap akan menjadi sumber rujukan pengamal undang-undang dan bagi umat Islam, mereka ada keistimewaannya, kerana kedudukan Islam begitu jelas terpelihara, jadi apa yang sekularnya?

Sekularisme mengikut pengertian Barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada agama dan bangsa mengikut Islam. Inilah yang Islam ajar.

Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti lain. Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil kebiadapan intelektual rohani yang tidak boleh dimaafkan, ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat.

Pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali. Pemisahan agama, adat dan raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran bukannya pengasingan agama secara total dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam.

Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain. Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan.

Kedudukan Islam tetap terjamin dan ada keistimewaannya dan tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun. Maka, janganlah terperangkap permainan ultra kiasu licik yang mengatakan bahawa sekular mula wujud di negara ini.

Tuesday 19 February 2013

Isu kalimah: Haron Din dimaki kerana tak setuju



Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din cukup jelas. Beliau sanggup mempertahankan kalimah itu daripada dipergunakan oleh gereja Kristian Malaysia "sehingga ke akhir hayatnya.

Ungkapan yang sama pernah disuarakan oleh pemimpin DAP, Karpal Singh yang berkata "langkah mayat saya dahulu" jika PAS mahu menubuhkan negara Islam. Kini konsep negara Islam PAS sudah pun berkubur. Sebaliknya ditukar kepada konsep negara berkebajikan.

Karpal tetap bertegas mahu kalimah Allah digunakan untuk agama Kristian. Katanya, pendapat oleh golongan dalam Majlis Syura Ulama PAS hanyalah mewakili suara minoriti. Adakah suara majoriti dalam PAS mahukan kalimah itu dipergunakan oleh agama lain, selain Islam?

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sebelum ini berkata, majlis syura memutuskan ia tidak bersetuju kalimah itu digunakan oleh agama lain, namun tidak akan membantah dengan pendirian DAP dan PKR itu.

Abu Ubaidi mahu tanya dengan Nik Aziz, jika itu pun takut hendak tegur dan bantah, apakah akan terjadi nanti, jika Tok Guru memerintah Malaysia kelak?

Khabarnya ahli-ahli PAS pun sedang pening memerhatikan tindak-tanduk tok-tok guru mereka.

Monday 18 February 2013

Editor akhbar Australia kritik tindakan Xenophon di Malaysia



MELBOURNE 18 Feb. - Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak "bodoh atau sengaja mempromosi diri" berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal".

Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang".

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

"(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

"Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana". - BERNAMA

Abu Ubaidi: Senator Xenophon antara ahli politik Australia yang giat berkempen menyokong perkahwinan sesama jantina di Australia

Hargai Kepelbagaian yang ada.. Demi keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara


Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2013 di Taman Puchong Utama, Puchong PM mengajak rakyat 1Malaysia mengekalkan konsep perkongsian antara kaum demi keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara.

Ikuti lenser Abu Ubaidi sekitar kemeriahan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2013 yang berjaya menarik lebih 50,000 orang yang hadir.






Abu Ubaidi: Sokongan masyarakat Tionghua terhadap usaha murni kerajaan pimpinan Najib semakin kukuh dan lebih baik berbanding PRU12.


Friday 15 February 2013

Harga minyak di Malaysia antara paling murah di dunia


Syukur kita kepada Allah kerana hasil kajian oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg, menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara.

Bloomberg yang buat penyelidikan bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.

Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa itu, menyenaraikan harga minyak di Malaysia yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara. 

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Barisan Nasional.

Lanjut Klik SINI

Monday 11 February 2013

Majlis Syura Tolak Anwar??

Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

“Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

“Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

“Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas sahaja yang mengetahuinya.

“Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin Pas menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ‘kekuatan’ Pas untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

“Malahan, biarpun Pas tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri,” kata sumber itu lagi – Utusan

Sunday 10 February 2013

Video Menyentuh Hati Sempena #CNY



Kita rakyat 1Malaysia satu hati bersama menjamin kesinambungan yang ada terus dikekalkan demi kemakmuran dan kebahagiaan bersama.

 Gong Xi Fa Chai..

 

Sunday 3 February 2013

Nilai-Nilai Murni Peserta Perhimpunan Kotor 3.0



Agaknya berapa juta wang pembayar cukai terpaksa dibazirkan untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh anak buah Ambiga???

Saturday 2 February 2013

Demi Rakyat: Harga Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang Cecah RM400,000 Seunit

 

Rakyat Pulau Pinang pasti terkejut dan kecewa dengan penetapan harga siling RM400,000 dan 250,000 bagi seunit rumah mampu milik di negeri itu. Sebenarnya kerajaan DAP itu tidak berupaya menyediadakan satu program perumahan yang benar-benar memberi faedah kepada rakyat.

Isu ini bukti kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guen Eng lebih mengutamakan pelabur luar daripada penduduk tempatan. Rumah mampu milik sepatutnya kediaman yang boleh dimiliki oleh semua golongan tetapi dengan harga RM400,000 sudah dikategorikan sebagai rumah mewah.

Rakyat yang berpendapatan rendah hanya mampu gigit jari selain menerima kesan ekonomi dan sosial yang tidak seimbang.