Friday 30 November 2012

Surat Bar Council Tidak Benar Pemerhati Ini Tanda Demokrasi dan Integriti?

Berikut sedikit bukti betapa 'demokrasinya' Majlis Peguam yang disebut banyak pihak sebagai pro pembangkang.

Seperti juga Pembangkang yang sering menunjukkan ketelusan namun merekalah yang sering mengamalkan 'ketirisan'  maka surat ini menimbulkan persepsi bahawa Majlia Peguam cakap tidak serupa bikin.. bikin tak serupa cakap

Thursday 29 November 2012

SESAT JIKA KATA ORANG ISLAM BEBAS PILIH AGAMA: IMAM BESAR ISTIQLAL


JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Orang Islam yang mengatakan bahawa orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Prof Dr Ali Mustafa Yaqub.

"Orang (Islam) yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.

"Apalagi kalau dia (orang Islam) katakan semua agama sama, mahu masuk, keluar (agama) dipersilakan, boleh menjadi kafir," katanya ketika ditemui di sini.

Prof Dr Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis, adalah imam besar di masjid negara Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.

Beliau diminta memberi pandangan tentang polemik berhubung kenyataan kontroversi baru-baru ini tentang pengertian sepotong ayat al-Quran yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama" serta kaitan dengan pandangan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu di Malaysia.

Di Malaysia, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" itu kata Prof Dr Ali Mustafa hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa masuk Islam tetapi setelah mereka memilih masuk Islam, mereka wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

"Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masukpun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.

Beliau berkata orang yang berfahaman liberal mungkin keberatan dengan perkara itu kerana ia seolah-olahnya tidak menjunjung kebebasan hak asasi.

"Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam.

"Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti itu," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa berkata meskipun umat Islam di Malaysia tidak banyak seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi umat Islam di Malaysia tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu.

Kepada isu lain, Prof Dr Ali Mustafa berkata perbuatan mendoakan kehancuran saudara sesama Islam hukumnya haram.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mendoakan yang buruk walaupun kepada orang bukan Islam, apa lagi kepada sesama Islam.

"Haram kalau kita mendoakan umat Islam untuk dilaknatkan begitu. Jangan mendoakan orang untuk diberikan laknat seperti itu, nanti salah-salah malah doa itu berbalik kepada diri kita," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa diminta pandangan mengenai kontroversi yang timbul di Malaysia berhubung perbuatan mendoakan kehancuran Umno, yang dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai merugikan umat Islam sendiri terutamanya daripada segi imejnya kepada orang bukan Islam.

-- BERNAMA

PUTRAJAYA SYURGA PAS

Monday 26 November 2012

Apa yang perlu anda tahu tentang Lynas?



Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.

Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.

Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
-KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga KerjaLynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
-Fasa PembinaanLebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
-Aktiviti PerintisBesar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.

Sumber:

Tuan Hj Arazmi Juhari
(Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)

Puan Mimi Afzan Afza
(Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti

Pemimpin PAS tidak hadir ke Himpunan Hijau di Dataran Merdeka semalam kerana takut kepada Dr Che Rosli, MP Hulu Langat

Thursday 22 November 2012

Mengapa DAP takut dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kenapa pembangkang seperti Tony Pua merasa tergugat sangat dengan Syed Mokhtar ?. Kenalan saya yang sekarang bekerja di Malaysian Mining Corporation amat mengagumi 'business acumen' Tan Sri. Beliau sangat 'shrewd', low profile dan amat mementingkan kebajikan pekerja.

Perniagaan yang diamanahkan kepada beliau semuanya perniagaan yang sedia ada dan sudah pun mempunyai kumpulan pengurusan masing masing. Syarikat syarikat tersebut cuma mendapat suntikan baru dalam bentuk pengurusan strategik, modal tambahan, pengukuhan pasaran dan kolaberasi synergy antara syarikat syarikat yang diuruskan dibawah satu pengurusan induk.

Syarikat pembuat roti, pengimpot beras, pembuat kereta, syarikat insuran, pelabuhan dan sebagai nya mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi negara. Namun semua syarikat tersebut adalah bebas dari segi kebergantungan perniagaan antara mereka dan sekiranya perlu dimerdekakan atau gagal sekalipun tidak akan membawa kesan kepada syarikat syarikat yang lain.

Syed Mokhtar juga adalah seorang dermawan dan 'philanthropist'. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary khusus bagi tujuan menjalankan aktiviti aktiviti dakwah dan kebajikan. Dilapurkan keuntungan dari perniagaan beliau disalurkan untuk kebajikan melalui Yayasan ini.

The Rohingya People : They need our support.

Wednesday 21 November 2012

Khalid Ibrahim Berbohong Isu Bas Mewah PKR


Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyatakan dalam sidang DUN Selangor yang beliau membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

Sebelum ini pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Namun beliau kantol selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu DIBELI oleh beliau secara sewa beli.

Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS ingin tahu tarikh pembayaran nya dan cek dari bank mana.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM 60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.

Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga kantol beberapa kali.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
20 Nov 2012.

Tuesday 20 November 2012

Murtad Sesama Islam : Ismail Mina Kecam Nik Aziz


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mengecam tindakan melampau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggambarkan UMNO sebagai parti murtad.

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau berkata hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama terutamanya terhadap sebuah parti yang memiliki lebih tiga juta ahli beragama Islam.

Ismail Mina bagaimanapun berkata, beliau sendiri tidak tergamak melabelkan Pas gerakan khawarij kerana percaya ramai pemimpin parti itu menolak kenyataan melampau Nik Abdul Aziz tersebut.

Hairan dengan tindakan Nik Aziz, beliau turut memberitahu tidak pernah berlaku dalam sejarah gerakan Islam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup melabel parti lawan sebagai murtad, seolah-olah telah mengambil tugas Allah SWT menghukum mana-mana pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

"Apa yang dituturkan oleh Nik Aziz sudah melampaui batas dan tersasar jauh dari ajaran Islam.

"Pas semakin taksub kepada kekuasaan politik sedangkan Islam mengajak kepada kasih sayang, bukannya kebencian," katanya.

Beliau turut mengingatkan Mursidul Am Pas itu agar tidak berasa sempurna memandangkan dikalangan ulama berpendapat lebih baik tersalah iktiraf kafir sebagai muslim daripada mengkafirkan seorang Islam.

"Hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama.

"Pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin sendiri yang telah diseksa, dipenjara, dicabut kuku dan sebagainya pun tidak pernah mengkafirkan pemerintah Mesir yang terbukti zalim dan menindas," katanya.

Beliau turut mempertikaikan prinsip Pas yang seringkali menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon perjuangan politik namun tidak mengamalkan prinsip gerakan tersebut serta begitu mudah mengkafirkan sesama Islam.

Sumber : KL Pos

Abu Ubaidi: Persoalannya wajarkah kerajaan yang melaksanakan sebahagian besar ajaran Islam tetapi tidak melaksanakan sebahagian kecil ajarannya disifatkan sebagai menolak Islam?

Friday 16 November 2012

Malaysia Kutuk Serangan Menggila Israel


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza.

“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga menuntut Israel menghentikan serta merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin. Lanjut di Agenda Daily

Tuesday 6 November 2012

Melayu Bebas Pilih Agama: Apa Pendirian PAS??

Nurul Izzah Masuk Gereja Nak Tunjuk Pandai..


Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.

Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.

Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.

Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.

Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.

Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.

Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya.

Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tank Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka.

Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam. Lanjut di Agendadaily