Friday 30 March 2012

Lynas : Dunia Mentertawakan Malaysia

Tindakan pembangkang mempolitikkan isu pembinaan kilang memproses nadir bumi secara tidak rasional dengan meminggirkan fakta saintifik menyebabkan dunia mentertawakan Malaysia. Pakar Teknologi Nuklear dalam Perubatan iaitu Prof. Datuk Dr Proom Proomwichit telah mengakui bahawa pembinaan kilang Lynas di Kuantan tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kawasan sekitarnya kerana ia hanya menyebarkan radiasi dalam kadar minimum.

Sekiranya pandangan Proom yang sudah berkhidmat selama 23 tahun dalam bidang keselamatan reaktor nuklear dan keselamatan nuklear boleh disanggah dan adakah kita ingin menerima pakai pandangan Mahfuz Omar, Fauziah Salleh, Lim Keat Siang serta kuncu-kuncu mereka dalam pembangkang?. Pembangkang bertindak seolah-olah mahu memperjuangkan keselamatan alam sekitar tapi dalam masa yang sama, terlibat dengan aktiviti penyelewengan pasir yang juga merosakan alam sekitar.

Dalam pembangkang oarng yang cerdik pandai tidak akan popular. Yang popular adalah orang-orang yang hanya pandai bercakap untuk memutarbelitkan setiap isu demi survival politik mereka. Contoh, orang cerdik lulusan sains nuklear, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat tidak diberi ruang untuk bercakap dan membuat penjelasan. Sebaliknya orang yang jahil tentang ilmu sains nuklear seperti Fauziah Salleh yang galak bercakap dan dijulang sebagai heroin PAS,PKR serta DAP.

Sunday 25 March 2012

Hukum masuk Surau dan Masjid tanpa menutup aurat???

Ini yang dikatakan demi Politik sanggup mangadaikan kesucian agama.  Abu Ubaidi ingin bertanya adakah ini ajaran Pluralisme Agama yang cuba dibawa masuk oleh Anwar Ibrahim??? Atau ini pendekatan dakwah yg digunakan oleh PAS untuk tarik ahli DAP masuk Islam. 


 Bagi Abu Ubaidi ini satu penghinaan terhadap kesucian Agama Islam, tidak pernah agama Islam dihina seperti yang berlaku sekarang.

Wednesday 14 March 2012

Israel : Anwar Ibrahim Tersentak


Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Pada 26 Januari lalu, Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar iaitu beliau berkata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel, althought he stopped short of saying he would open diplomatic ties with Jewish state, a step which he said remain contingent on Israel respecting the aspiration of Palestinians".

Sebenarnya kenyataan Anwar itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua pengiktirafan negara Israel. Bagi Abu Ubaidi kenyataan Anwar itu merupakan satu pemujukan kepada NGO asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tuesday 13 March 2012

PM Bayar Sendiri Bil Majlis Pertunangan Anak - Hotel Shangri-La


KUALA LUMPUR : Bil katering bagi majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu. - MALAYSIAKINI.




Friday 9 March 2012

Lynas : Fakta Vs Autaa

Pendedahan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga ahli Parlimen PAS mendakwa selama ini Ahli Parlimen PKR Kuantan Fauziah Salleh berbohong dan memanipulasikan fakta terhadap isu Lynas telah membuka mata banyak pihak.

Dr Rosli yang juga Pakar Radioaktif tegas menyatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Malah 10 panel bebas dari Agensi Tenaga Atom Sedunia telah memutuskan kilang nadir bumi ini selamat.

Berikut Abu Ubaidi berikan fakta-fakta asas penting yang perlu diketahui tentang Lynas :-
  1. Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang biasa dan mengikut undang-undang Pengangkutan Antarabangsa bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya tersangat rendah.
  2. Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Bahan Mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah iaitu tahi bijih. Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan.
  3. Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia tetapi tidak kormersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.
  4. Lynas mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng kerana mempunyai kemudahan pelabuhan , bekalan gas asli yang sedia ada, bekalan air yang mencukupi dan wujud tenaga kerja mahir.
  5. Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak berbahaya kepada orang awam, alam sekitar dan pekerja. Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan disimpan ditempat khas sebelum dikitar semula untuk dijadikan bahan pembuatan jalan.
  6. Selain China, kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Russia dan India.
Pakar yang arif tentang bidang ini sendiri memberi jaminan bahawa kilang nadir bumi ini selamat. mengapa hendak mengheratkan isu ini ke kancah politik. Adakah pandangan 10 pakar yang diketuai oleh Dr Tero Varjoranta dari Finland yang juga merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA hendak dipertikaikan dan kita terima bulat-bulat pandangan Fauziah Salleh yang hanya mengambil peluang terhadap isu ini demi survival politik beliau.

Thursday 1 March 2012

PAS Tak Ada Hal Lantik Timbalan Presiden Bukan Islam


Bunyinya memang sedap tapi hakikatnya semua tahu tak ada seorangpun ahli PAS bukan Islam, kerana yang bukan Islam hanya diterima sebagai kelab penyokong saja, malah statusnya pun tak boleh mengundi dalam Muktamar PAS.

Abu Ubaidi tergelak sendiri bila AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata PAS sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden. Kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu telah ditempelak oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang secara tegas menolak cadangan itu kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepimpinan Jemaah Islam.

Maka benarlah PAS sekarang ini bagaikan tersongsang arah akibat dikerjakan oleh parasit-parasit dalaman PAS sendiri. Buktinya jelas, PAS kini sedang berperang sesama sendiri kerana wujud dua kumpulan didalamnya. Kumpulan ulama berjuang di atas landasan Islam tetapi sebaliknya puak edogan dalam PAS sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka sehingga sanggup mengadaikan perjuangan sebenar.