Monday 27 February 2012

Mesej Anwar Kepada Parti Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah dengan parti Islam kerana semuanya bergantung kepada keputusan rakyat.

Dengan mengambil contoh Indonesia, Anwar berkata, apabila keputusan rakyat dibuat didapati 95 peratus rakyatnya menolak Parti Islam yang mahu menubuhkan Negara Islam.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Asia Plateau, Panchgani, India pada 8-12 Januari 2012, dalam program ‘Making Democracy Real’.

Azizan Bakal Menerima Nasib Seperti Hassan Ali???

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkara itu boleh berlaku jika melihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.

''Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.

''Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama".

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam yang yakin tekanan politik dialaminya tidak menggugat kedudukan dan peranannya sebagai Menteri Besar selain terus mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Mohd. Azizuddin melihat situasi itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan 30 hingga 40 peratus pengundi di negeri itu yang terkenal sebagai pengundi atas pagar selain 50 peratus yang merupakan pengundi setia UMNO.

Kata beliau, para pengundi atas pagar dari awal telah kecewa dengan pentadbiran Azizan termasuk aspek kesihatan Menteri Besar itu yang tidak meyakinkan.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pilihan raya umum akan datang bukan lagi peluang untuk Pas mempertahankan Kedah walaupun hasrat Abdul Hadi dan ulama Pas mahu Azizan terus kekal mentadbir negeri berkenaan.

Jelasnya, isu dalaman Pas Kedah yang melibatkan Menteri Besar itu juga sebenarnya lebih banyak berpunca daripada sikap Azizan sendiri yang gagal dalam banyak perkara dan seharusnya beliau menerima dengan terbuka kejatuhan yang bakal dialaminya.

''Azizan begitu lemah, bukan hari ini sahaja tetapi sejak dari awal pemerintahannya. Kelemahan itu bukan sahaja ditonjolkan oleh puak penyokong Ketua Pembangkang yang berada di dalam Pas bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut memperakui perkara itu.

''Justeru, Azizan bukan lagi pilihan utama rakyat yang mengimpikan pembangunan,'' katanya.

Azmi berkata, krisis yang melanda di Kedah bukan sahaja menyebabkan Presiden Pas berasa serba-salah terhadap puak ulama tetapi bakal membawa kehancuran parti itu di negeri tersebut.

Friday 24 February 2012

Lim Guen Eng Cuba Semarakan Api Perkauman Antara Kaum


Keratan di atas diambil dari akhbar Kwong Wah Yit Poh yang tertulis "Parti PAS tiada bunuh seorang Cina"
Statement di atas telah ditutur sendiri oleh Lim Guen Eng semasa debatnya dengan Chua Soi Lek dan MCA telah membuat laporan polis kerana Guen Eng dilihat cuba mainkan api perkauaman.

DAP sudah tiada modal lain untuk kempen melainkan membuat kempen dengan menakut nakutkan pengundi Cina. Jelas sekali DAP adalah parti rasis...

Thursday 23 February 2012

Mengapa Mereka Tinggalkan Perjuangan Anwar Ibrahim

 
Gambar ketika perlancaran ngo JATI yang dipimpin oleh Dr Hasan Ali

Dua tokoh ini adalah rakan seperjuangan Anwar Ibrahim ketika di zaman ABIM. Bersongkok hitam ialah Prof Dr Sidek Baba dan berkopiah putih ialah Ustaz Ismail Mina. Prof Sidek Baba pernah ditahan di bawah ISA ketika zaman reformasi dan pernah menjadi setiausaha agung ABIM di saat anwar menjadi presiden ABIM. Manakala Ustaz Ismail Mina pula antara penggerak utama ABIM. Persoalanya kenapa mereka tinggalkan perjuangan bersama Anwar Ibrahim???
 

Isu pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama hangat dibincangkan setelah Ketua Pembangkang itu dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu. Menyedari pemikiran Anwar Ibrahim terpesong, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin ABIM telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu semakin hangat apabila Ismail Mina Ahmad yang mengenali Anwar sejak bersama-sama menuntut di Universiti Malaya telah meninggalkan perjuangan bersama Anwar kerana fahaman yang dipegang oleh rakannya itu boleh membawa kepada kekufuran. Prinsip yang terkandung dalam pluralisme agama menyamaratakan semua agama di mana penganutnya mempercayai semua agama itu benar dan ia sama sekali tersasar dari perjuangan asal umat Islam terutamanya di Malaysia berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Fahaman yang bercanggah dengan akidah itu turut diharamkan oleh Majlis Agama Indonesia dan disokong oleh dua pertubuhan terbesar Islam di Indonesia iaitu Nahdatul Ulama dan Muhamaddiyah. Jadi, tidak kira apa yang dikatakan oleh Ismail Mina itu ada kebenaranya atau hanya pandangan pribadi seperti mana yang dipertahankan oleh penyokong Anwar, fahaman pluralisme agama di negara ini perlu dibentras dan disekat sebelum ia memudaratkan umat Islam di negara ini.

p/s : mereka ini adalah tokoh ilmuan, terpaksa memasuki gelanggang politik kerana sudah tidak tertahan dengan agenda kerosakan yang Anwar bawa. Jika orang sebegini sudah hadir dan menyatakan kesediaan mahu menentang anwar, anda bagaimana ?

Wednesday 22 February 2012

Kebebasan Akhbar : Malaysia Mendahului Negara-Negara Serantau


DAP selalu mengecam kebebasan akhbar negara ini dengan membandingkan kebebasan akhbar yang dinikmati di Singapura. Laporan yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders ini menjawab tuduhan pembangkang yang kononnya negara ini mengamalkan corak pemerintahan kuku besi dan pelbagai sekatan dibuat oleh pemerintah. Hakikatnya Malaysia lebih demokrasi dan bebas bersuara berbandingkan negara-negara lain di ASEAN

Tuesday 21 February 2012

Kapal Israel di Malaysia???

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com telah melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang. Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am.

Setiap kapal akan mengibarkan bendera negara dimana kapal tersebut berdaftar sepanjang hayat kapal berkenaan. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge.

Sekarang akan jelaskan kepada rakyat Malaysia tentang dua kapal berkenaan.

ZIM USA
 
 Maklumat kapal yang dipetik dari  http://www.marinetraffic.com
 
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh bloggers pembangkang  kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.

ZIM USA MONROVIA
 
Gambar atas secara jelas di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim USA berdaftar di Monrovia. Untuk pengetahuan pak pandir-pak pandir pembangkang, Monrovia adalah sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Setakat ini Monrovia tidak pernah wujud di israel.

ZIM ATLANTIC
 

 
Semuanya telah terjawab. Dengan bukti-bukti yang kemukakan,  terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapa yang berbohong ? Pastinya puak2 PKR ni memang pandai alihkan isu demi survival bos mereka Anwar Ibrahim.


Sumber : selangordaily.com

Monday 20 February 2012

Bosan Dengan Pentadbiran Negeri Pimpinan Lim Guen Eng


Slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaung-laungkan kepimpinan DAP di Pulau Pinang hanyalah sekadar slogan sahaja kerana apa yang dilakukan tidak sejajar dengan yang diperkatakan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusoff  dalam Malaysia Kini.

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.
Hal ini berlaku kerana Pakatan Rakyat yang mentadbir Pulau Pinang lebih banyak bercakap daripada menjalankan kerja yang sepatutnya. Peringkat awal menjadi kerajaan negeri, mereka sibuk untuk mencari kesalahan dan kesilapan kononnya dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Pelbagai perkara cuba mereka bongkar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan terdahulu. Tetapi tidak berjaya, malah apa yang dilakukan itu sebenarnya membuka pekung mereka sendiri.

Saturday 18 February 2012

Lebel Wartawan Pelacur - DAP Minta Maaf

KUALA LUMPUR - Ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau hari ini memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung ramai pengamal media tetapi menyalahkan musuh politiknya atas "beberapa interpretasi yang diputarbelitkan" yang menjadi punca pertikaian.

Baru-baru ini, Hew membuat dakwaan yang menggambarkan "pertemuan disertai habuan antara wartawan tempatan dan BN (Barisan Nasional)" dalam laman sosialnya sehingga menimbulkan kontroversi dengan ramai yang berkata ia sama dengan melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

"Compensated dating" (pertemuan disertai habuan) adalah satu terjemahan harfiah daripada perkataan Jepun "Enjo-kosai" yang bermakna tidak mempunyai kehormatan diri sebagai pertukaran untuk keuntungan kebendaan.

"Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf secara ikhlas atas "analogi" yang saya keluarkan, yang menyinggung ramai pengamal media yang jujur.

"Saya tidak pernah berniat menimbulkan rasa malu kepada ramai di kalangan pengamal media yang jujur di Malaysia. Saya benar-benar kesal apabila kontroversi itu berkembang, ramai rakan-rakan saya dari media berasa kecewa dengan beberapa interpretasi yang diputarbelitkan yang dimainkan oleh musuh (musuh) saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pelbagai organisasi media secara terbuka meminta Hew mengemukakan identiti wartawan yang dirujuknya dan meminta jawatankuasa disiplin parti itu supaya mengambil tindakan disiplin jika dia gagal mengemukakan bukti.

Dilaporkan apabila kenyataan Hew disiarkan, pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai berkata tiada tindakan akan diambil terhadapnya kerana dia hanya menyatakan hakikatnya.

Minggu lepas, Hew memohon maaf dalam Facebooknya dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi DAP.

Bagaimanapun, permohonan maafnya menimbulkan kemarahan kerana menyatakan dia hanya "memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi dengan menyatakan perkara sebenar".

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengadakan sidang perwakilan luar biasa pada 3 Mac bagi mengambil pendirian tegas terhadap kenyataan Hew yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur". - Bernama

Thursday 16 February 2012

Dr Chandra : ‘Keselamatan Israel’ Diucap Anwar Adalah Slogan Ideologi


‘Keselamatan Israel’ yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal, 26 Jan adalah satu bentuk ideologi kata Prof. Dr Chandra Muzaffar. “Kalau kita kaji secara mendalam..istilah yang digunakan oleh Anwar bahawa beliau ‘akan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel’..keselamatan Israel itu adalah ideologi negara zionis ini.

“Mereka menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan di sekeliling mereka itu. Mereka menggunakan istilah keselamatan ini untuk mengusir rakyat Palestin daripada wilayah mereka..untuk membunuh rakyat Palestin mereka mengunakan istilah keselamatan ini.. “Istilah keselamatan ini untuk menjustifikasikan benda-benda lain yang dilakukan Israel sepanjang 63 tahun ini, termasuk pemilikan senjata nuklear..atas nama keselamatan..dia mendirikan tembok..segala-segalanya dilakukan atas nama keselamatan..”, katanya.

Dr Chandra berkata, penggunaan istilah ‘security of Israel‘ (keselamatan Israel) popular di kalangan pemimpin Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk mewajarkan penaklukan dan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin.

Abu Ubaidi kata "Anwar Ibrahim menjadi penel pemikir NED (National Endowment for Democracy) iaitu sebuah yayasan yang didalangi Yahudi berpengkalan di Amerika Syarikat. Rangkaian ini bertopengkan wajah demokrasi telah membiayai rangkaian operasi Anwar di Malaysia.

Sejarah Baru Politik Negara..demi politik sanggup mengadaikan Akidah Agama

Pak Sheikh Anwar Ibrahim telah mencipta sejarah baru dalam politik negara. Dahi beliau dicalit dalam Pesta Ponggal di Kuil Sri Maha Marriamman, Batu Gajah semata-mata mengharapkan ihsan sokongan politik pengundi India. Baru-baru ini Datuk Seri Najib dikecam hebat oleh pembangkang kerana kehadiran beliau pada sambutan Thaipusam di Batu Caves. Sedangkan Perdana Menteri telah menegaskan kehadirannya hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan serta tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua batu Caves.

Sikap Anwar Ibrahim ini membuktikan beliau akan melakukan apa saja demi kuasa sehingga menggadai maruah dan akidah. Berpolitik harus ada batasnya dan jangan sampai mencabuli prinsip agama.

Tuesday 14 February 2012

Ayat-Ayat CINTA PAS buat Anwar Ibrahim

Kenyataan media lewat malam Isnin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat macam 'penampar' ke muka Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika selama ini Anwar boleh mengelak untuk berdepan dengan isu sokongan terbuka beliau kepada Israel, dengan kata dua Nik Aziz ini, dia tak boleh 'lari-lari' lagi.

Nik Aziz dalam kenyataan nya berkata selaku Mursyidul Am PAS dan dengan persetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Aziz.

Anwar dalam satu temubual dengan akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari berkata beliau menyokong penuh usaha menjaga keselamatan Israel sebagai sebuah negara.

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin," Kata-kata Anwar yang dipetik oleh Wall Street Journal.

Kenyataan Anwar itu dilihat banyak pihak sebagai usaha nak 'please' Amerika Syarikat dan sekutunya bagi membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri. Cakap-cakap dikalangan penyokong Anwar sebelum ini kata, tanpa sokongan Amerika tidak akan berlaku perubahan kerajaan di Malaysia.

Bagaimanapun reaksi orang ramai terhadap pendirian Anwar itu mungkin menyebabkan PAS terpaksa membuat pendirian yang lebih tegas dalam isu tersebut.

Menyokong Israel bagi PAS selama ini adalah satu dosa besar, dan kata Nik Aziz dalam kenyataannya, PAS mengulangi pendirian sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa.

PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia," katanya.

Mengulas lanjut, kata Nik Aziz, wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis," katanya.

Menurut beliau, keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.

"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.

Sumber : Agendadaily

Abu Ubaidi berkata: Sama-sama kita tunggu helah Anwar Ibrahim selepas ini

Sunday 5 February 2012

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.

Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.
Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Wednesday 1 February 2012

Nilai Satu Undi

Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pegundi walaupun layak berbuat demikian adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Mengapa masih ada orang Melayu begitu liat untuk menunaikan tangungjawab mereka mendaftar sebagai pemilih???

Setiap undi adalah amat penting dalam menentukan corak pentadbiran negara, jangan sampai hanya pandai bersorak di majlis-majlis politik tetapi apabila pilihanraya kita hanya menjadi pemerhati sahaja.

Lebih penting daripada itu, orang Melayu perlu memahami bahawa jika mereka ingin mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan maka mereka perlu menjadi pengundi.

Tanpa kuasa politik yang kuat orang Melayu tidak akan mampu memperjuangkan dan mempertahankan mereka.

Orang Melayu perlu segera sedar mengenai tangungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih. Jangan memberi alasan remeh kononnya sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mampu mengambil masa hanya beberapa minit untuk berbuat demikian.

Bandingkanlah sikap orang Melayu dengan kaum lain yang begitu aktif mendaftar sebagai pemilih. Keadaan itu berlaku kerana mereka amat memahami betapa pentingnya NILAI SATU UNDI..

p/s Abu Ubaidi: Jangan jadi seperti pribahasa Melayu "Menang Sorak, Kampung Tergadai"