Tuesday 31 January 2012

Anti Israel : Mahfuz Omar Di Penjara Sebulan


Kenyataan Anwar Ibrahim di The Wall Street Journal yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel telah mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.

Duta Palestin itu mempersoalkan pihak mana yang wajar dilindungi - penceroboh atau penduduk Palestin, malah menurutnya Israel ada lebih 200 jenis senjata nuklear dan tentera dilengkapi senjata canggih. Nak melindungi apa lagi???

Tapi sekarang ni rakyat nak tanya kemana perginya suara-suara hebat pemimpin PAS terutamanya Datuk Mahfuz Omar yang begitu lantang menentang kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.

Hebatnya bekas Ketua Pemuda PAS itu sehingga sanggup dipenjarakan sebulan apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Seksyen kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit.

Bayangkan jika ungkapan tersebut keluar dari mulut Datuk Najib, sudah tentu 7 hari 7 malam mereka berdemonstrasi dan menentang Najib dan UMNO  habis-habisan. Semuanya sendiwara politik beb!!!

Monday 30 January 2012

kebiaDAPan Anwar Ibrahim dan Kekejaman Israel

Anwar Ibrahim bikin hal lagi. Selepas terang-terangan menyokong mansuhkan undang-undang lapok sodomi, kini muncul pula kenyataan di The Wall Street Journal bahawa "Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel". Petikan ini bukan disiarkan di dalam Utusan Malaysia tetapi di sebuah media yang dikuasai Yahudi.

Tersiratnya kenyataan Ketua Pembangkang tersebut jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan Anwar terhadap segala tindakan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin selama ini. Maknanya serangan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin sehingga mengorbankan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa adalah perlu bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Kenyataan kontroversi Anwar itu telah mendapat kecaman pelbagai pihak. Antaranya bekas Mufti Perlis iaitu Dr Asri  Zainal Abidin tegas menyatakan "Secara umumnya kalau Israel memenuhi tuntutan antarabangsa dan berjaya mewujudkan keamanan dengan Palestin, mungkin kita boleh faham. Tetapi dalam keadaan sekarang dengan umat Islam di Palestin terus dizalimi dan ditindas, kenyataan Anwar itu tidak boleh diterima pakai"

Abu Ubaidi ingin memaparkan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin dan persoalanya apakah motif Anwar Ibrahim sebenarnya??? Perlukah mendapat restu Yahudi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia???  Semua ini adalah cerminan sikap beliau yang pro Yahudi sejak dahulu lagi.

Di mana prinsip Anwar Ibrahim sekarang ni. Depan umat Islam memekik kononnya beliau memperjuangkan Islam di depan penyokong PAS memekik kononnya menyokong hudud tapi di sebaliknya lain yang dicakap. Inilah namanya LIDAH BERCABANG

Saturday 28 January 2012

Dimana Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai????


Ketika Raja Nong Chik sibuk menziarah mangsa ribut di sekitar Lembah Pantai, Ahli Parlimen Lembah Pantai pula sibuk ke hulu hilir menyampaikan ceramah. Terbaru beliau berceramah di Dewan MBSA Jalan Kebun di mana beliau telah menjulangkan nama Robert Kuok dan menghina usahawan Melayu Syed Mokhtar AlBukhary.

Sedarkah Nurul Izzah melalui Yayasan Bukhary rakyat Malaysia banyak mendapat manfaat seperti pembinaan Masjid, Muzium Keseniaan Islam,Universiti, bagi biasiswa dan tuisyen percuma kepada orang kampung. Mengapa Usahawan Melayu sorang ni pun nak dipersoalkan??? Kenapa ketika bersama audien bukan Melayu nak mainkan semangat perkauman??? Siapa yg racist skrg ni???

Friday 27 January 2012

Hasan Ali buat Khalid Ibrahim Tidur Tak Lena


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan kesemua 10 kain rentang Ceramah anjuran Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) dianggap satu usaha sabotaj terhadap Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut  Pengerusi SMU Norman Toha, ianya amat jelas sekali satu usaha terbaru Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengekang kebebasan bersuara di kalangan masyarakat terutamanya rakyat Negeri Selangor secara amnya.

"Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan,"  tegas beliau melalui kenyataan media terbaru sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha PAS Negeri Selangor mempersoalkan sekatan yang cuba dibuat oleh pihak yang berprinsipkan fahaman politik ekstrim kepartian seperti yang didakwa beliau diamalkan di dalam Pakatan.

"Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian?"

"SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masa depan politik seks bebas yang diperjuangkan Pakatan Selangor sekarang."

"Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.," tegasnya lagi.

Sessi ceramah membariskan Datuk Dr. Hassan Ali selaku penceramah utama yang bakal diadakan pada hari Selasa depan di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi ini telah dikejutkan pihak penganjur dengan tindakan MPKj menurunkan kesemua kain rentang yang diletakkan di sekitar lokasi ceramah tersebut.

Abu Ubaidi berkata : Kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan demokrasi kepada rakyat Malaysia tapi hakikatnya hamPAS

Thursday 26 January 2012

Ustaz Azizan Akan Menerima Nasib Seperti Hasan Ali???

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.

Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.

Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.

Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang  jelas bertentang dengan pendirian parti.

"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.

Abu Ubaidi Berkata : mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak sealiran dengan DAP dan Anwar Ibrahim akan dipinggirkan, kerana sekiranya tidak dipinggirkan cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri akan terbantut...

Monday 23 January 2012

Lagi Ahli PKR Bergaduh Sesama Sendiri



KAPAR - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan
kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.
 
Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang. 
 
Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.
 
Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk. 
 
Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.
 
Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.
 
Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.
 
Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
 
Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan. 

Abu Ubaidi berkata: Mengurus sebuah parti pun gagal, bagaimana nak menguruskan sebuah negara, lingkup beb..

Sumber: Sinar Harian

Sunday 22 January 2012

Adam Adli: Pelakon Teater Jalanan


Pergerakan Occupy Dataran meneruskan acara mereka hari ini di Kuala Lumpur dengan membawa isu penggantungan aktivis pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis itu berhimpun di satu kawasan Dataran Maybank, Bukit Bintang untuk mementaskan satu sketsa pendek berhubung tindakan UPSI ke atas Adam.

Pementasan satira itu turut dijayakan oleh beberapa orang aktivis yang masing-masing memakai topeng dengan wajah para pentadbir universiti yang terlibat dalam kes Adam.

Aktivis berkenaan juga memakai papan tanda yang memaparkan nama pentadbir kampus tersebut.

Turut beraksi dalam pementasan satira itu ialah Adam sendiri yang melakonkan semula tindakan oleh pentadbir kampus tersebut ke atasnya.

Para pentadbir itu digambarkan melakukan kekerasan ke atas Adam, dengan menolak pemuda itu ke lantai dan memukul pelajar berkenaan sambil menari dengan diiringi muzik popular "Chicken Dance."

Kumpulan pentadbir universiti itu juga membawa bendera dengan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam lakonan berkenaan.

Adam Adli kemudiannya 'diselamatkan' oleh sekumpulan peserta Occupy Dataran yang menghalau para 'pentadbir kampus' itu.

Antara tokoh yang dijadikan sasaran pementasan satira itu ialah Professor Datuk Dr Zainal Kling yang mengetuai panel lapan juri dalam membuat keputusan menggantung pengajian Adam selama tiga semester, 9 Januari lalu.

Dalam pementasan yang berlangsung tidak sampai sepuluh minit itu, Adam turut melakonkan semula tindakannya menurunkan 'bendera' dengan wajah perdana menteri – tindakan kontroversi yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh UPSI.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk dengan slogan "UPSI kenapa kau angkuh sangat?"

Pementasan berkenaan, yang diawasi kira-kira 20 orang anggota polis itu turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Pesanan Abu Ubaidi: Buat Pengarah filem / teater jika perlu pelakon tambahan ambiklah mamat ni berlakon, gian sangat tu..

Saturday 14 January 2012

Anwar Sokong Mansuhkan Undang Undang Lapok Sodomi



Anwar dlm temuramah BBC 12 Jan apabila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia untuknya berikutan keputusan mahkamah, berkata beliau

1. Menyokong penuh pemansuhan undang undang lapok sodomi

2. walaupun masyarakat Malaysia rata rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang2 lapok sodomi tidak harus diguna utk menghukum org yg tidak bersalah! Maksudnya kalau private not public tak mengapa!!!

Pesan Abu Ubaidi: Hayati ayat dalam AlQuran iaitu Surah Al-A'raf: 80-84 bagaimana Allah menurunkan bala kepada kaum Nabi Luth kerana tabiat mereka yang suka kepada kaum sejenis(Homoseksual)

Friday 13 January 2012

JERUSALEM POST CUKUP TERUJA DENGAN PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM


Dr Badrul Amin menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang dinanti-nantikan di zaman kebangkitan Islam. Logiknya kenapa The Jerusalem Pos portal berita no.1 di Israel cukup teruja dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat. Sedangkan puak Zionis cukup takut dengan kebangkitan Islam. Lihat bagaimana sikap mereka terhadap negara-negara arab di Timur Tengah khususnya Palestin.

Malaysia adalah antara negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel  dan sepatutnya
berita sebegini cuma kes picisan yang tidak sepatutnya termuat dalam berita global KECUALI KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERKEPENTINGAN...

Jamil Khir : Berani Kerana Benar


Oleh Helme Hanafi (AgendaDaily)

KUALA LUMPUR : Raut wajah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar atas) nampak tenang saja di ruang mesyuarat pejabatnya Tingkat 9 Bangunan JAKIM, Putrajaya pada Rabu.

Beliau ditemani Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha (gambar atas), Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dr Muhammad Yamin Ismail bersama pegawai-pegawai lain, siap melayani kami – wartawan, blogger, facebooker dalam majlis pertemuan petang itu.

Ada banyak isu yang mahu dibualkan dengan bekas Mejar Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini, tetapi yang paling panas dan ramai hendak tahu adalah soal penggunaan wang zakat MAIWP membayar kos guaman satu perbicaraan membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut jika diteliti secara fakta, tidak besar mana, tetapi ia menjadi kontroversi sebab pembangkang, terutamanya PKR membangkitkannya secara konsisten dan berkala hingga membentuk persepsi seolah-olah Menteri Malaysia guna duit zakat bayar kos guaman.

Kisah sebenarnya mudah, Anwar saman kerajaan (menterinya Datuk Seri Jamil Khir), Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain sebab tidak mahu dakwa pengadu kes liwat Mohd Saiful Azlan Bukhari dengan dakwaan qazaf (tuduh zina tanpa empat saksi).

Jadi sebagaimana biasanya, kerajaan dan agensi-agensinya perlu mempertahankan diri dan melantik peguam.

Ini bukan soal peribadi Anwar lawan Jamil Khir, tapi soal Anwar lawan Jabatan Agama yang kebetulan menteri yang dipertanggungjawabkan adalah Jamil Khir.

Dan Anwar kalah. Pusingan pertama.

Bila lantik peguam perlu kos, sudah sebab ini saman kerajaan, sudah tentu kerajaan yang bayar, bukan individu. Maka MAIWP sebagai agensi bertanggungjawab perlu bayar kos guaman sebanyak RM63,650.

Bukan untuk Jamil Khir seorang, tetapi juga untuk Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain yang disaman Anwar. RM63,650 kongsi tiga. Itu sahaja kisahnya.

Masalah timbul bila pembangkang bawa isu penggunaan wang zakat bayar kos guaman tersebut, dan pembangkang secara konsisten bawa isu tersebut sebab ianya berkaitan dengan Anwar.

Satu demi satu dirungkai, dokumen demi dokumen dipamerkan termasuklah baucer pembayaran (ada tanda-tanda pembabitan orang dalam).

Ketika berhadapan dengan 12 orang semalam, Jamil Khir sedia digrill, soalan terbuka untuk kami tanya, dia bersedia untuk tell the truth.

“Saya jika yang dihina itu diri saya, saya boleh maafkan, tapi yang dihina itu Islam, jabatan agama Islam, saya tidak boleh berdiam diri,” katanya memperjelaskan maksud pertemuan.

Menurut beliau, sebagai Pengerusi MAIWP, jawatan yang disandangkan bukan jawatan eksekutif.

“Urusan harian, soal pembayaran dan pentadbiran bukan saya kendalikan, tapi sebagai bos, saya kena bertanggungjawab, mereka serang saya tak mengapa, tapi mereka serang MAIWP, saya kena tampil jawab,” katanya lagi.

Menurut beliau, soal pembayaran kos guaman menggunakan duit zakat itu tidak timbul sebab beliau tahu wujud geran tahunan kerajaan kepada MAIWP setiap tahun bagi tujuan tersebut.

“Saya beranggapan begitu, walaupun baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khas pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran Belanjawan MAIWP 2010, telah meluluskan sebanyak RM205,000,00 untuk perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah,” kata beliau.

Jamil Khir membacakan satu kenyataan media oleh Mufti Wilayah kepada kami dan menerangkannya satu persatu.

Antara yang ditulis oleh Mufti Wilayah tersebut adalah JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabillah dengan tafsiran yang lebih luas dari perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka adalah Imam Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar.

Menurut Rahyid Rida, "pendapat yang benar mengenai maksud fisabillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan,".

Sudahpun ada kenyataan Mufti tersebut, bagi Jamil Khir, beliau beranggapan bahawa duit yang digunakan untuk bayar kos guaman tersebut adalah dari geran kerajaan sebanyak RM700,000,00 setahun yang memang digunakan untuk kes-kes perundangan yang dihadapi oleh jabatan agama.

“Saya tetap kata yang duit peguam itu dari dana kerajaan, tapi Mufti sendiri kata, jika pakai duit zakat pun boleh berdasarkan mesyuarat tahun 2009, lulus sebanyak dua ratus ribu lebih untuk tujuan perundangan, saya terima kasihlah…” katanya tegas mempertahankan integritinya.

Untuk rekod Pengarah Jawi Datuk Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu laporan Bernama pada Khamis berkata dana daripada kerajaan memang dimasukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan.

"Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan," kata Che Mat.

Sebagai bekas Mejar Jeneral dalam tentera, Jamil Khir sudah biasa dengan tekanan dan ujian, beliau nampak tegas dan bersemangat menerangkan letak duduk perkara tersebut.

Ada beberapa perkara yang off record kerana sebab-sebab tertentu.

“Ini semua sebab saya lawan dengan Anwar Ibrahim saja, dia saman saya dan dua yang lain dalam kes qazaf, bila bawa ke mahkamah, kami menang, dan dia merayu, rayuan dia akan dengar pada 30 Januari ini,” jelasnya.

Bagi yang biasa dengan gaya pembangkang mencipta isu salah satu caranya adalah dengan 'kompang' bagi kuat supaya persepsi terbentuk. Macam kes liwat Anwar di mahkamah baru-baru inilah, sebelum keputusan riuh kata konspirasi dan segala macam lagi. Lepas keputusan terus senyap sunyi.

Sebagai orang baru dalam politik, Jamil Khir yang dilantik sebagai Senator dan sekaligus Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik PM merombak Kabinet pada April 2009.

Orangnya mudah mesra dan rendah diri. Beliau disenangi banyak pihak dan barangkali menimbulkan cemburu kepada musuh-musuh politiknya (pembangkang). Kebetulan ada isu yang boleh ‘dilambung’ maka puak-puak ini berseronok jadikan satu tarikan untuk menjual ‘minyak angin’ mereka.

Sebelum ini Datuk Seri Jamil Khir diserang dalam soal rumah yang konon macam istana. Beliau ada terangkan juga dalam pertemuan lebih sejam tersebut. Ceritanya memang bersahaja habis.

Thursday 12 January 2012

Pertubuhan Gay Sambut Baik Pembebasan Anwar Ibrahim


Sebuah Organisasi di Filiphina iaitu Progresif Gay Filipina (ProGay) menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. Mereka juga menyatakan keputusan hakim tersebut sebagai satu permulaan ke arah memberi pengiktirafan kepada hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Manila, Philippines – The Progressive Organization of Gays in the Philippines (ProGay) welcomed yesterday the acquittal of Malaysian oppositionist Anwar Ibrahim on sodomy charges.
Reacting to the judgment of the Kuala Lumpur High Court that Anwar was not guilty of sodomizing his aide Mohammad Saiful Bukhari Azlan, ProGay said it is now time to scrap sodomy laws that were part of British colonial legacy. “We join the democratic people’s movements in celebrating Anwar’s triumph over the frame-up,“ said Oscar Atadero, ProGay’s human rights officer.
ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia. ProGay noted that even as the Philippines has no sodomy law, politicians and court justices are attacked with allegations of homosexuality for political gain. (Marvyn N. Benaning)

Monday 9 January 2012

Anwar Ibrahim gembira... Saiful Bukhari pasrah..


Selepas lebih tiga tahun perbicaraan, lebih 60 penangguhan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari disabit kesalahan liwat.

Apa yang Abu Ubaidi ingin kongsikan bahawa keputusan hakim tersebut ibarat meludah ke langit, yang mana air liur bertepek ke muka sendiri.

Anwar Ibrahim dalam kempennya sering mendakwa sistem keadilan mahkamah negara tidak adil dan ungkapan ini beliau lamparkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

Adakah keadilan itu hanya berlaku sekiranya memihak kepada kita? Kini Anwar Ibrahim termalu sendiri di depan pengikut-pengikunya yang bermati-matian mempertahankan imejnya.

Apa pun seluruh rakyat malaysia perlu menghormati keputusan yang diputuskan oleh hakim. 

Kertas undi atau melalui jalan raya


Naib Presiden PKR Tian Chua akan melakukan apa saja demi untuk memastikan bosnya Anwar Ibrahim tidak kembali ke Istana Sungai Buluh. Dalam siri jelajah Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg baru beliau dengan latang menyatakan rakyat perlu bertindak menjadi hakim samada dengan tangan melalui kertas undi atau dengan kaki melalui demonstrasi jalanan.

Sebenarnya rakyat perlu sedar bahawa proses keadilan sudah berjalan dan Anwar Ibrahim sudah diberi ruang dan peluang untuk mempertahankan kesnya. Malah ada pihak yang menganggap hakim lebih banyak memihak kepada Anwar Ibrahim berbanding Saiful Bukhari. Tidak ada dalam sejarah sesuatu kes telah ditangguhkan lebih 50 kali kecuali kes yang melibat Anwar Ibrahim.

Persoalanya mengapa perlu mengheret rakyat untuk bersama-sama turun dijalanan hanya semata untuk membela seorang individu yang sarat dengan kontroversi agar cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.. Abu Ubaidi menyokong perhimpunan jalanan membela Anwar Ibrahim sekiranya beliau tidak mendapat keadilan di mahkamah tetapi sebaliknya berlaku. Beliau diberi tempoh lebih 3 tahun untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

Saturday 7 January 2012

Sasterawan Negara Shahnon bidas kerjasama Pas-DAP

GEORGETOWN - Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini.

Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya.

Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.

Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Friday 6 January 2012

Hak Allah VS Hak Asasi Manusia

 
Masih ingat lagi dengan isu seksualiti merdeka yang dipelapori oleh Ambiga dan disokong penuh oleh Majlis Peguam serta personaliti panas menjelang 9 hb ni Anwar Ibrahim. Mereka cuba menghalalkan 4 golongan utama songsang ini iaitu HOMOSEKSUAL. BISEKSUAL, TRANSGENDER dan LESBIAN. Semuanya atas satu slogan iaitu Hak Asasi Manusia.

Kesempatan yang ada, Abu Ubaidi ingin ketengahkan 5 perkara yang bertentangan antara Hak Allah dan Hak Asasi Manusia :
  1. Manusia adalah hak mutlak Allah SWT tetapi dalam doktrin Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa setiap manusia adalah hak mutlak dirinya.
  2. Setiap manusia terikat dengan batasan syariat Allah SWT tetapi dalam pegangan Hak Asasi Manusia jelas menyatakan manusia adalah bebas dengan hak dirinya masing-masing.
  3. Allah melarang manusia melakukan perbuatan mengikut hawa nafsunya seperti melakukan aktiviti gay, lesbian dan zina. Dalam Hak Asasi Manusia, dengan jelas menyatakan manusia bebas untuk melayan hak hawa nafsu dan keinginan fitrahnya. Justeru aktiviti gay, lesbian dan zina secara redha adalah hak bagi setiap individu itu sendiri.
  4. Agama yang diredhai Allah supaya manusia menganutinya adalah agama Islam. Namun dalam Hak Asasi Manusia mereka menganggap semua agama adalah sama sahaja dan tidak ada yang lebih antara satu sama lain.
  5. Wanita Islam wajib menutup auratnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tetapi atas prinsip Hak Asasi Manusia wanita semuanya bebas berpakaian mengikut keinginan dan kehendaknya kerana itu adalah hak mereka.
Kenyataan Majlis Peguam Negara pada 2 November 2011 menyatakan "Jika Malaysia hendak dihormati mengamal demokrasi, negara ini perlu berhenti menganggu dan memberi ruang kepada kumpulan seksualiti minoriti". Siapa dibelangkang Majlis Peguam Negara? Tidak lain Ambiga Sreenevasan yang mana ketika perhimpunan Bersih 2.0 ramai pemimpin PAS turut serta berdemo dibelangkangnya.

Thursday 5 January 2012

Hassan Ali : Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901

 
SHAH ALAM – Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” kata beliau merujuk kepada perhimpunan yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mengumumkan keputusannya berkenaan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan beliau itu, yang baru-baru ini menjadi perhatian dalam pergolakan dalaman Pas, sekali gus menolak tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman yang mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurut Hasan, tindakan Rani itu hanya pendapatnya sendiri dan telah membelakangi pandangan pimpinan pusat.

“Pas Selangor nampak proaktif dalam cara yang salah sebab sebelum ni dihalang ahli pergi Himpun 2011, padahal itu perkara baik membincangkan isu agama yang sebenarnya hala tuju parti Pas.

“Kalau diteruskan sikap seperti ini, pandangan parti nampak tak cantik. Jangan malukan parti dengan kenyataan dia (Rani) yang tidak mewakili Pas, itu kenyataan peribadi dia,’ katanya pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di sini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli Pas menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.

“Boleh dikatakan 70 peratus anak muda ahli Pas, mahu mengajak mereka buat sesuatu perkara itu biarlah betul... ini isu peribadi, buat apa nak besarkan, bagi saya mahkamah dah bagi banyak ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima saja keputusannya nanti.

“Tambahan sekarang ini sedang peperiksaan akhir, anak muda dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh dan takluk universiti utama dunia daripada menyertai benda yang dah lama atau ‘mual’ ini,’ katanya.

Pakatan Rakyat dilapor bercadang membawa sekitar 100,000 orang menyertai kempen itu Isnin ini.

Mereka yang akan hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

Sumber : Sinar Harian

Wajarkah AUKU dimansuhkan???

Mereka ini kononnya hebat menyuarakan hak-hak mahasiswa sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap akedemik. Pandangan Abu Ubaidi AUKU wajib dimansuhkan sekiranya mahasiswa-mahasiswa ini menunjukkan kecemerlangan dalam akedemik dan pada masa yang sama aktif berpolitik.

Pendedahan ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran kepada ribuan mahasiswa betapa peluang yang diberikan usah disia-siakan. Jangan sia-siakan harapan Mak Bapak untuk melihat kejayaan anda semua. Jangan sesekali biarkan diri ini diperkudakan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.

Persoalanya wajarkah AUKU dimansuhkan sekiranya personaliti-personaliti ini diambil sebagai contohnya?


Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
 
 
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa
 
 
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.
 
Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA yang dipergunakan oleh pihak pembangkang untuk menjayakan agenda gerakan politik di kalangan pelajar-pelajar junior. Kegilaan politik sehingga mereka diberhentikan pengajian di IPTA kerana pencapaian akedemik tidak memuaskan. Wajarkah mereka dijadikan ikon kepada mahasiswa?

Wednesday 4 January 2012

Nik Nazmi Penipu

Malaysiakini dan Nik Nazmi Penipu

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan yang di alami oleh Safwan Anang, perusuh haram di UPSI pada Ahad lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.

Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!

KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HarahkahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini.

Malah pembohongan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi PKR yang mendakwa Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang tercedera itu koma dan patah tulang pipi juga palsu semata-mata menarik simpati mahasiswa dalam kelompok yang besar untuk turut serta dalam perhimpunan bebas Anwar Ibrahim 901.