Saturday 13 August 2011

Perempuan Melayu Terakhir


Perempuan ni namanya NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan no IC 790317-01-6094 dan dipercayai telah pun Murtad. Beliau juga penganjur Program yang diberi nama "Thank Giving Dinner" bertempat di Methodist Damansara Utama yang telah dihadiri lebih kurang 100 orang termasuklah 12 orang Melayu/Islam, disyaki diadakan bagi meraikan Murtadnya sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian. Sophia mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ia adalah tempat persendirian dan telah menafikan kehadiran orang Melayu. Di dalam tentatif Program tercatat nyanyian lagu Alhamdulillah dan Allah Akbar. Hasil pemeriksaan JAIS terdapat 12 individu beragama Islam berada dalam Dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perumpuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya, Alor Star dan Muar.

Thursday 11 August 2011

Pluralisme Agama

Pluralisme dalam agama ini ialah meletakan semua agama adalah sama taraf dan semuanya mempunyai matlamat yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Persoalanya sekiranya semua agama adalah sama tarafnya, sia-sialah Allah SWT mengutuskan para Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah untuk menyelamat umat manusia dari kebinasaan dan kemurkaan Allah. Pendokong fahaman ini mendakwa tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak kerana bagi mereka semua agama menuju ke satu titik pusat iaitu realiti tunggal (Tuhan) dan Tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.

Menjawab hujah di atas, mari kita renung firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 83 yang bermaksud :  "Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada Nya berserah diri segala apa yang ada dilangit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan" . Terdapat banyak lagi fiman Allah dan Hadis Nabi yang boleh digunapakai untuk menyanggah hujah di atas seperti firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 85 yang bermaksud "Barang siapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" .

Di Malaysia satu wacana yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan bersama dengan NGOs Islam pada 14 Disember yang lalu telah sebulat suara menegaskan Pluralisme agama ini bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan mereka memutuskan supaya pihak berkuasa agama memanggil individu atau organisasi yang menganut fahaman Pluralisme Agama untuk diberi kaunseling dan nasihat tentang ajaran mengenal akidah Islam yang sebenar. Di Malaysia ancaman Pluralisme Agama tidaklah seteruk Indonesia tetapi ia tetap mempunyai pengikut terutamanya di kalangan mereka yang terpelajar.

Perlu diingatkan Pluralisme Agama bukan mengambarkan toleransi beragama, gambaran toleransi beragama seharusnya seperti sikap yang ditunjukan oleh Dalai Lama yang menyatakan "Saya menghormati dan mengagumi kawan saya yang beragama Kristian dan yang beragama Islam, kalaulah menyatupadukan itu maksudnya mencampuradukan, maka itu adalah mustahil dan tidak berfaedah (Uthman El-Muhammady, 2010). Kesimpulanya, Pluralisme Agama menjadi ancaman kepada umat Islam kerana ia merupakan satu fahaman yang sarat dengan kenyataan yang mengelirukan dan merosakan akidah umat Islam. Sesunggunya Agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam.  


 

Wednesday 10 August 2011

1Malaysia : Persepsi Orang Muda


Gagasan "1Malaysia" bukan hanya satu slogan politik yang kosong tetapi ia satu perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang maju, dinamik dan bergerak ke arah satu pencapaian nilai ketamadunan yang tinggi. Ketamadunan yang hebat di dunia pasti akan runtuh sekiranya bangsanya berpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini adalah fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Seperkara yang perlu ditonjolkan dalam mencapai cita-cita murni ialah memperkasakan tentang nilai-nilai sejarah bangsa. Golongan muda khususnya perlu didedahkan dengan aspresiasi gagasan 1Malaysia ini melalui sejarah kepelbagaian kaum dan kepelbagaian ini disatukan menjadi identiti Bangsa Malaysia.

Keadilan sejagat juga merupakan satu pendekatan yang sering dimainkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang kononya atas nama demokrasi total. Mereka sanggup meruntuhkan asas binaan sosial semata-mata atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama. Justeru itu, gagasan 1Malaysia ini harus diterjemahkan sebagai satu langkah membina kesaksamaan mengikut wajah dan acuan kita sendiri. Ramai beranggapan gagasan ini tidak jauh bezanya dengan "Malaysian Malaysia" seperti yang diperkenalkan oleh parti DAP. Hakikatnya adalah berbeza, konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menanggalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi Gagasan 1Malaysia ini lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Merealisasikan gagasan 1Malaysia ini, perlu menanggalkan perasaan syak wasangka antara satu sama lain. Sifat prejudis perlu dihapuskan dan digantikan dengan sifat sangkaan baik antara satu sama lain. Kejujuran dan keikhlasan juga perlu dipupuk, bukan sahaja kepada para pemimpin tetapi kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Adalah mustahil gagasan ini tercapai sekiranya sikap prejudis antara kaum ini tidak dikikis malah ia boleh menjadi barah yang merosakan kemakmuran yang dimiliki sekarang.

Gagasan 1Malaysia juga perlu diterapkan hingga ke akar umbi. Ini bermaksud setiap lapisan masyarakat perlu disedarkan tentang keperluan dan kepentingan gagasan ini direalisasikan. Golongan muda khususnya perlu menjadi kelompok sasaran di setiap aktiviti yang dijalankan serta diberi penghayatan tentang unsur-unsur yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia. Namun demikian, rakyat seharusnya bersikap adil dalam menilai dan mentafsir gagasan ini. Adalah tidak wajar pihak-pihak tertentu menghukum gagasan ini atas faktor politik yang bersandarkan dendam kesumat.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan; merupakan satu tranformasi yang melihat kepada setiap amalan dan tindakan kita bersandarkan kepada kesepaduan kaum. Proses ini sudah tentu mengambil masa panjang tetapi hasilnya kelak sudah tentu akan mewujudkan sebuah pencapaian bangsa yang maju dan disegani.


Tuesday 9 August 2011

ISLAM - SIKAP UMATNYA

PENDEDAHAN PENGALAMAN MUFTI AGONG BOSNIA WAKTU DI MALAYSIA

Dr. Mustafa Ceric ialah Mufti Agong Bosnia (Grand Mufti of Bosnia) sejak tahun 1993. Beliau juga menjadi wakil Bosnia di Malaysia sejak 13 Mei, 1992.

Dilahirkan di Visoko, Bosnia-Herzegovina pada tahun 1952 beliau berkelulusan dari Madrasah di Sarajevo dan kemudiannya lulus sebagai Sarjana dalam bidang bahasa dan sastera Arab di Universiti Al Azhar di Cairo.

Pada tahun 1987 beliau menerima ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Chicago, di mana beliau menuntut di bawah Professor Fazlur Rahman.

Beliau pernah menjadi Professor dalam Kulliyyah Sains Islam di Bosnia, dan berkhidmat sebagai Professor di ISTAC, IIUM dan mengajar di Kolej Islam Amerika di Chicago.

Inilah satu dari pengalamannya waktu mula sampai ke Malaysia:
  
1. Dr. Mustafa bercerita satu pengalaman yang beliau lalui di waktu beliau menaiki sebuah teksi di depan Menara KLCC. Sebaik beliau menjawab salam pemandu teksi itu, yang bernama Ali, beliau telah masuk dan duduk di samping pemandu. Lantas beliau ternampak sepotong ayat Al Qur'an yang tercetak atas plastik yang dilekatkan di cermin keretanya.

2. Dr. Mustafa telah membaca ayat itu dan bertanya pada Ali samada dia mengerti maksud ayat itu. Dalam bahasa Inggerisnya yang agak terbatas si pemandu telah menyatakan bahawa ayat itu menyeru Ummat Islam supaya berjihad.

3. Terus pemandu Ali bertanya pada Dr. Mustafa dari mana datangnya. Apabila saja Tuan Sheikh memberitahu beliau dari Bosnia maka Ali terus menyatakan betapa kesal beliau tidak dapat pergi ke Bosnia di waktu peperangan belum selesai.

4. Katanya, ' I want to go to Bosnia and fight the Jihad war, but the government did not help me to go?'

5. Dr. Mustafa menjawab betapa Ali bernasib baik kerana tidak mengambil risiko pergi ke Bosnia di masa berperang.

6. Pemandu Ali kelihatan kesal, kata Dr. Mustafa, dan bertanya sebabnya Sheikh Mufti Bosnia berkata demikian.

7. Dr. Mustafa menjawab, ' you would have died.'

8. Sheikh Dr. Mustafa Mufti Agong Bosnia jadi terkejut bila Ali menjelaskan, ' I want to die, I want to go to Jannah as a Syuhada.'

9. Si Ali menambah lagi, ' I also want to go to Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan.'

10. 'You would like to die in one of those countries?' tanya Mufti Agong Bosnia.

11. 'Yes' jawab si pemandu.

12. 'If you go there please do not tell them that you want to die,' nasihat Dr. Mustafa Ceric.

13. 'Why not? I want to tell them.' Kata si Ali.

14. Sheikh Mufti Agong Bosnia termenung sekejap dan sebelum keluar dari teksi, setelah sampai ke destinasinya yang tidak begitu jauh, beliau berkata kepada pemandu, ' it is good that you do not go to all these places because your message to them would be wrong. The people of Bosnia, Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan do not fight because they would like to die .. ..  but they are fighting because they want to live a better life in their own country. If all of them would like to die, like you Brother, then you are making it very easy for the enemies of Islam. Assalaamu'alaikaum.'


Allahualam

Sunday 7 August 2011

Agama disisih demi kepentingan politik

As-Salam...

Tahun lepas negara digemparkan isu pendedahan seorang Pastor Kristian yang mahu mendirikan sebuah gereja Gay. Tahun ini tercetus satu lagi isu yang membabitkan sebuah gereja iaitu Methodist Church di Damansara Utama yang menganjurkan majlis membabitkan beberapa orang Islam. Isu ini mejadi lebih panas apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Polis telah melakukan serbuan dan menyiasat penganjuran majlis tersebut. Maka terpekik terlolonglah segelintir pemimpin Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Tan Sri Khalid MB Selangor dan Khalid Samad yang kononnya JAIS telah bertindak membabi buta dan tidak mengambarkan keharmornian beragama dalam negara.

Sememangnya kita sudah maklum terdapat usaha-usaha memurtadkan orang Islam dilakukan secara sembunyi tetapi mutakhir hari ini dakyah mereka sudah berlaku secara terang-terangan. Pengakuan seorang wanita yang ditahan oleh JAIS susulan serbuan tersebut mendedahkan bahawa pada majlis tersebut mereka diberi Kitab Bible versi Melayu dan pita rakaman yang mengandungi nyayian keagamaan supaya mudah dihafal sebelum mendengar ceramah yang kandungannya lebih kepada usaha menolak Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Persoalannya. Mengapa tindakan JAIS tersebut mendapat tentangan hebat dari MB Selangor sendiri sedangkan tindakan JAIS hanya kepada individu Beragama Islam yang menyertai majlis tersebut. Jawapannya sudah tentu demi menagih sokongan politik sehingga pihak JAIS diminta memberi laporan segera dan exco selangor yang menjaga hal ehwal agama islam iaitu Datuk Hasan Ali begitu hebat menerima kecaman kerana menyokong tindakan JAIS. Sebenarnya sudah banyak kes tindakan Datuk Hasan Ali yang tidak disenangi oleh pimpinan Kerajaan Selangor yang ditunjangi oleh DAP. Perhatikan firman Allah dlm surah al-mumtahanah:1 yang bermaksud
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu menjadi teman-teman setia..